20091229

Lega?

Salam.

Ak lega? Rasa seperti lega. Tetapi masih seperti ada sesuatu yang menyekat kelegaan itu. Ak lega kerna apa pun ak tidak pasti sekarang.

Percayakah korang akan keajaiban hidup ini? Mungkin sesuatu yang kita tidak jangka akan berlaku setelah kita berhempas pulas ataupun tika kita hanya sambil lewa melayaninya. Ak percaya tetapi ak tetap mahu berusaha. Itu salah satu pengorbanan ak untuk mencapainya.

Biar orang sedar ak betul-betul mahu, dan jika ak terlepas sekalipun ramai akan tahu bahawa pengorbanan ak itu ikhlas, jujur dan betul-betul dari hati ak. Ak patut berbangga dengan apa yang ak buat. Kalian patut rasa begitu.

Oh.. tetapi kita ini manusia. Kadang rapuh, kadang teguh. Bila mana di mana kita jadi begitu, siapa yang akan di samping kita. Masihkah kita ingat orang yang menyayangi kita setulus hati. Jadikan lah ia semangat.

Dan ingatlah, biar apa pun ak akan tetap menyayangimu, menemanimu, membantumu dan sentiasa berada denganmu.

20091228

KuKaKu

Entah. Ak sendiri tidak tahu hendak mula dari mana. Adakah apa yang ak rasa ini kalian pernah rasa. Seperti deru angin yang menghembus lalu. Menenangkan. Kemudian pergi. Tahu. Ia akan kembali. Tapi hanya seperti angin.

Kadang kita perlu angin. Kadang apa itu angin. Hurm. Hati ak. Setiap saat kini pedih. Ak tahu ak mampu hadapi tapi. Entah. Ak jadi seperti tidak mampu untuk ke hadapan. Bila harapan ak itu. Kadangkala pasti. Kadangkala ia sendiri tidak pasti. Hati ak bertambah pedih. Menyengat. Menikam-nikam hingga ke hulu hati.

Ak dapat rasa apa yang harapan itu sedang menderita. Ak hairan. Mengapa? Kenapa? Perlu ak lalui semua ini. Ak seperti sudah menjadi satu dengan harapan itu. Dan ak sentiasa berharap ia akan bersatu dengan ak. Ak tahu harapan itu sedang dilanda kekeliruan. Ak cuma mampu berdoa yang terbaik. Semoga ia akan menjadi harapan ku yang akan ak dakap setiap hari. Yang akan ak lindung setiap hari. Yang akan ak jaga sepenuh hati.

Jika harapan ku itu membaca kisah ini. Mengertilah hanya kau yang ak ingin. Hanya kau yang ak ingin bahagiakan. Tiada yang lain. Kerna kasihku ini sampai mati.