20091229

Lega?

Salam.

Ak lega? Rasa seperti lega. Tetapi masih seperti ada sesuatu yang menyekat kelegaan itu. Ak lega kerna apa pun ak tidak pasti sekarang.

Percayakah korang akan keajaiban hidup ini? Mungkin sesuatu yang kita tidak jangka akan berlaku setelah kita berhempas pulas ataupun tika kita hanya sambil lewa melayaninya. Ak percaya tetapi ak tetap mahu berusaha. Itu salah satu pengorbanan ak untuk mencapainya.

Biar orang sedar ak betul-betul mahu, dan jika ak terlepas sekalipun ramai akan tahu bahawa pengorbanan ak itu ikhlas, jujur dan betul-betul dari hati ak. Ak patut berbangga dengan apa yang ak buat. Kalian patut rasa begitu.

Oh.. tetapi kita ini manusia. Kadang rapuh, kadang teguh. Bila mana di mana kita jadi begitu, siapa yang akan di samping kita. Masihkah kita ingat orang yang menyayangi kita setulus hati. Jadikan lah ia semangat.

Dan ingatlah, biar apa pun ak akan tetap menyayangimu, menemanimu, membantumu dan sentiasa berada denganmu.

0 bidasan:

Post a Comment